Friday, June 10, 2016

Nur Aqilah bt Ramli
2015683916

JUJUR.

Aku kenal manusia itu.
Hatinya kuat, jiwanya kental.
BIla ditanya apa rahsianya ?
Jujurlah selalu, walaupun kau ditipu.
Kerana Tuhan itu Maha Adil.
Dia tahu apa yang terbaik.
Kerana kita hanya mampu merancang,
Tuhan yang menentukan.

Aku bertanya lagi,
Apa kau tidak sakit ditipu ?
Dia berkata harus sakit jika ditikam belakang.
Kecewa saat bila belum sempat berpaling.
Kadang-kadang rasa mahu membunuh
Membunuh setap jiwa manusia yang menipu.

Aku bertanya lagi,
Apa Tuhan tidak menolongmu ?
Dia menjawab,
Tuhan sentiasa ada, sentiasa menolong saat tersungkur para.
Tapi aku yang salah.
Tidak kenal apa itu syukur dan doa.
Bila terkapai baru reti nak mencapai
Segala apa yang Tuhan sediakan.
Ah! Betapa bongkak seorang aku.

Kali ini aku bertanya, sesungguhnya mahu ku tahu,
Apa kamu tidak belajar apa apa ?
Dia membalas,
Banyak. Aku belajar apa itu nikmat syukur, moga-moga aku tidak kufur.
AKu belajar habluminallah dan habluminannas.
Aku belajar doa itu wireless.
Aku belajar akidah dan taqwa.
Tidaklah aku mahu bertemu dengan-Nya
Doakan aku ya !

080616 : 0020
Nur Aqilah Ramli.

No comments:

Post a Comment