Friday, June 10, 2016

Siti Nurfatihah Binti Musa
2015428404

BM231 2M
CTU551

Refleksi yang terakhir yang ingin saya kongsikan ialah tindakan.  Tindakan merupakan satu perkara yang penting dimana tanpa satu tindakan segala-galanya boleh mengubah hidup kita.  Disini saya ingin menerangkan bahawa kita perlulah jangan terlalu lama memikirkan sesuatu perkara untuk menggerakkan diri kita, kita perlulah cepat bertindak kerana dengan tindakan itu dapat membantu kita mengorak langkah seterusnya.

PROJEK AKHIR



Nur Aqilah bt Ramli
2015683916

JUJUR.

Aku kenal manusia itu.
Hatinya kuat, jiwanya kental.
BIla ditanya apa rahsianya ?
Jujurlah selalu, walaupun kau ditipu.
Kerana Tuhan itu Maha Adil.
Dia tahu apa yang terbaik.
Kerana kita hanya mampu merancang,
Tuhan yang menentukan.

Aku bertanya lagi,
Apa kau tidak sakit ditipu ?
Dia berkata harus sakit jika ditikam belakang.
Kecewa saat bila belum sempat berpaling.
Kadang-kadang rasa mahu membunuh
Membunuh setap jiwa manusia yang menipu.

Aku bertanya lagi,
Apa Tuhan tidak menolongmu ?
Dia menjawab,
Tuhan sentiasa ada, sentiasa menolong saat tersungkur para.
Tapi aku yang salah.
Tidak kenal apa itu syukur dan doa.
Bila terkapai baru reti nak mencapai
Segala apa yang Tuhan sediakan.
Ah! Betapa bongkak seorang aku.

Kali ini aku bertanya, sesungguhnya mahu ku tahu,
Apa kamu tidak belajar apa apa ?
Dia membalas,
Banyak. Aku belajar apa itu nikmat syukur, moga-moga aku tidak kufur.
AKu belajar habluminallah dan habluminannas.
Aku belajar doa itu wireless.
Aku belajar akidah dan taqwa.
Tidaklah aku mahu bertemu dengan-Nya
Doakan aku ya !

080616 : 0020
Nur Aqilah Ramli.

Wednesday, June 8, 2016

Ain Farihah Binti Nor Hassim
2015431068

Janganlah bersusah hati tatkala melihat orang lain lebih berjaya daripada diri kita, kerana kejayaan mereka itu atas usaha mereka sendiri dan kita boleh gunakan kejayaan mereka itu sebagai panduan untuk kita berjaya seperti mereka.

Jangan simpan perasaan hasat dengki kerana ia akan merosakkan hati.

Jangan mendoakan perkara buruk terjadi kepada mereka kerana "what you give you get back".

Jangan buruk sangka terhadap mereka kerana kita tidak tahu apa yang mereka terpaksa hadapi untuk berjaya.

Malah, doalah yang baik-baik untuk mereka yang lebih berjaya dan berdoalah supaya kita juga berjaya seperti mereka dan berdoalah juga supaya kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat nanti. InsyaAllah
Ain Farihah Binti Nor Hassim
2015431068

Untuk berjaya kita akan menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran. Janganlah kitamudah berputus asa, berdoalah kepada Allah mintalah pertolongan daripadaNya kerana Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Biarlah berapa kali pun kita jatuh,janganlah putus asa kerana InsyaAllah satu hari nanti segala penat lelah kita akan terbalas kerana Allah lah sebaik-baik perancang.
Ain Farihah Binti Nor Hassim
2015431068

Janganlah sewenang-wenangnya kita mengutuk makhluk ciptaan Allah kerana semua manusia sama sahaja disisiNya, tidak kira warna kulit, warna rambut dan bahasa yang digunakan.