CIRI-CIRI RUMAH TRADISIONAL
(NEGERI
SEMBILAN)
Setiap rumah tradisional
yang terdapat di Malaysia ini terkenal dengan seni binaannya yang mempunyai
maksud tersendiri. Ini membuktikan bahawa orang terdahulu bersifat kreatif dan menzahirkannya dalam pembinaan rumah
masing-masing, di mana dapat kita lihat sehingga kini. Dalam perbincangan kali
ini, kami memfokuskan kepada rumah tradisional di Negeri Sembilan.
Rumah tradisional di
Negeri Sembilan terkenal dengan rekabentuk bumbungnya yang melentik di hujung,
di mana rekabentuk ini menyamai rumah Minangkabau. Hal ini kerana kebanyakan orang
di Negeri Sembilan berasal dari Minangkabau . Rajah di bawah menunjukkan peta
lantai rumah melayu Negeri Sembilan:
Bermula dengan serambi
rumah atau kini dikenali sebagai ruang tamu, serambi rumah Negeri Sembilan
berbeza dengan rumah tradisional lain kerana serambinya berbentuk memanjang dan
terdapat bahagian hujung dan pangkal yang ditentukan mengikut laluan arus
sungai. Bahagian hujung selalunya di kedudukan hilir sungai, manakala pangkal
di bahagian hulu. Kedua-duanya mempunyai fungsi tersendiri
seperti kawasan tempat duduk pembesar semasa keraian, ruang mengaji al-Quran,
akad nikah, berkhatan, mengkafankan jenazah dan tempat tidur bagi tuan rumah
yang pasangannya telah meninggal dunia.
Bahagian kedua dalam
rumah Negeri Sembilan adalah rumah ibu. Kawasan ini menempatkan ruang tidur
utama bagi tuan rumah dan keluarganya. Rumah ibu menjadi penghubung kepada
bahagian rumah yang lain.
Seterusnya adalah ruang
loteng yang merupakan tempat simpanan barang-barang dan ruang ini terletak di
rumah ibu. Ruang loteng ini juga berperanan sebagai tempat persembunyian anak
gadis daripada menjadi mangsa kekejaman tentera jepun.
Antara bahagian rumah
yang lain adalah kolek anak. KOlek anak merupakan ruangan khas untuk ibu yang
baru bersalin. Rekaannya juga memudahkan golongan ibu
bersalin seperti tali sebagai tempat bergantung yang diikat dari bumbung. Di
sudut bahagian kolek anak pula, menempatkan dapur kecil yang menjadi tempat
untuk memanaskan batu tungku.Kedudukan lantai dijarakkan selebar satu hingga
dua jari, bahagian kolek anak turut dijadikan ruang untuk memandikan jenazah
sekiranya berlaku kematian dalam kalangan ahli keluarga.
Rekabentuk rumah yang
lain adalah bumbung. Rumah Negeri Sembilan mempunyai rekabentuk yang rata dan
bahagian hujung yang melentik. Kebanyakan rumah tradisional Negeri Sembilan
dibina tanpa menggunakan sebarang paku. Teknik ini dipanggil teknik pasak dan
tanggam. Kedua-dua teknik tersebut merupakan kaedah untuk mencantumkan rumah
yang digunakan oleh tukang rumah pada zaman dahulu sebelum penggunaan paku.
Rekaan dinding rumah
Negeri Sembilan pula mempunyai variasi mengikut kemampuan masyarakat yang ingin
membina kediaman mereka.Antara jenis dinding sering ditemui pada rumah
tradisional di Negeri Sembilan ialah dinding sisik tenggiling, papan tengah
berlidah, papan serong berlidah, apit-apit, pelupuh, anyam beremban dan kulit
kepong.
No comments:
Post a Comment