Friday, March 18, 2016

Group Discussion.

1. Ciri - ciri tamadun yang sejahtera :

  • Mempunyai aspek kerohanian yang tinggi 
    • merancang pembangunan unsur kerohanian ke arah yang positif 
    • perlu diisi dengan unsur keimanan dan amal soleh 
    • penguasaan ilmu, teknologi dan ketrampilan yang lain 

2. Ciri tamadun sejahtera : 
  • keunggulan ilmu pengetahuan : hal ini dapat dilihat daripada sejarah Islam yang menunjukkan bahawa kota-kota besar yang mahsyur adalah disebabkan kegiatan keilmuan mereka yang berjalan dengan rancak
  • kestabilan dalam negara melalui hubungan antara kaum : wujudnya keharmonian dan toleransi antara semua belah pihak dalam membuat keputusan dan mempunyai persetujuan ramai 
  • kestabilan pemerintahan dan pentadbiran politik : tanpa kestabilan politik dan pemerintahan, pasti keunggulan tamadun tidak akan bertahan lama dan ia akan berkubur dengan kelemahan kepemimpinan
  • kekuatan pertahanan sehingga berjaya menyekat negara dari diserang pihak musuh merupakan aspek yang sangat penting bagi memelihara tamadun yang sejahtera

3. Faktor pendorong lahirnya tamadun yang sejahtera :
  • wujudkan kesatuan dikalangan umat : tidak kira tua mahupun muda bersatu membawa agenda kesatuan sebagai misi utama kehidupan
  • wujudkan budaya ilmu dan pemikiran kritis : memastikan golongan muda tidak tercicir dalam pendidikan serta membudayakan pemikiran kritis supaya modal insan yang lahir mampu mencetuskan idea-idea kudus untuk membangun negara
  • tidak menghukum berdasarkan maklumat picisan : menjauhi diri daripada sikap fitnah-memfitnah yang boleh menjatuhkan maruah orang lain 
  • penghayatan dan pengalaman undang-undang : demokrasi berparlimen dan menghormati perlembagaan yang ada , dan sebarang tindakan perlulah berlandaskan undang-undang yang telah ditetapkan
  • peranan media dalam mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera : media boleh memainkan peranan sebagai medium penggalak kepada ilmu dan meninggikan moral manusia

4. Faktor keruntuhan tamadun :
  • kelemahan pemimpin : dimana pemimpin tiada rancangan yang jelas dan nyata terhadap sesuatu perkara yang ingin dilaksanakan
  • perebutan jawatan : perkara ini berlaku kerana tidak mengetahui pengganti yang sesuai yang boleh memegang amanah seperti pemerintah sebelumnya
  • tiada kesatuan dikalangan umat Islam : ini dapat dilihat seandainya tiada persetujuan yang harmoni  daripada semua pihak yang terlibat
  • ekonomi yang lemah : kerana tidak mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh atau pemerintah tidak dapat memberikan arahan yang sebaik mungkin 
  • kemewahan yang melampau : dek kerana terlalu dihimpit kemewahan , maka rakyat dan pemerintah alpa terhadap persekitaran dan tugas-tugas yang lebih penting
  • tiada kesepakatan : tiada sebulat suara dari semua belah pihak dalam mentadbir wilayah yang dikuasai

5. Pelan tindakan untuk mahasiswa hari ini membangunkan tamadun yang sejahtera
  • peka dengan keadaan isu semasa : pelajar perlulah sentiasa mengambil tahu perkembangan semasa tidak kira diluar atau didalam negara 
  • mengubah diri sendiri : mendidik diri untuk bersifat lebih proaktif dan berwawasan demi menjadikan diri sebagai contoh kepada orang
  • memberi ruang dan peluang untuk diri sendiri dalam meningkatkan kebolehan dan kefahaman diri : mencuba sesuatu perkara baru atau pelajar itu sendiri melibatkan diri dalam perkara yang mereka minat untuk mengasah bakat terpendam yang ada dalam diri mereka
  • mahasiswa perlulah diberi peluang dalam membicarakan isu semasa dan politik 
  • mahasiswa perlu belajar bagaimana untuk menempuh pelbagai dugaan dan cabaran dalam era globalisasi yang semakin memuncak : pelajar haruslah diberi penekanan dalam ilmu yang lebih mencabar dan mendalam dengan mengadakan sesi motivasi atau lebih dekat lagi dalam sesi pembelajaran mereka didalam kelas
  • mahasiswa perlu berfikiran jauh , matang dan kreatif terhadap pembangunan masa hadapan : pelajar mesti mempunyai sikap yang sentiasa berfikiran kehadapan iaitu mengetahui tujuan , objektif serta visi dan misi mereka dalam melaksanakan sesuatu perkara

No comments:

Post a Comment